Friday, November 14, 2008

KAMPONG WAI

Pemandangan bendang diKampong Wai berlatar belakang Bukit Puteh sempadan Siam. Disinilah tempat kemasukan unggas yang bernama burung ayam-ayam yang terbang dari utara keselatan melarikan diri dari musim sejuk diutara pada bulan Disember. Orang-orang disini menangkap burung ini dengan menggunakan pukat yang diregang ditengah bendang.

MERCU TANDA KUALA PERLIS

Kuala Perlis, pekan dipersisiran pantai yang terletak paling keutara Malaysia, menjadi pengantara antara Langkawi Pulau Lagenda dan tanah besar Perlis dan Kedah dan menjadi tempat tumpuan pelancong menaiki dan menuruni feri di jeti.

MENCARI REZEKI HALAL

Mencari rezeki yang halal dengan menjual nasi lemak, laksa dan kueh mueh adalah lebih baik dari meminta sedekah dan 1000 kali ganda lebih baik daripada merompak dan menyamun, mencoleik dan peras ugut, rasuah dan menyeleweng, tarek kereta dan kutip utang, along dan duit bunga dan lain-lain lagi kerja yang menambahkan dosa dan menyalahi undang-undang.

RAWA SURUNG

Rawa surung, cara menangkap udang yang diharamkan tetapi kerjanya mudah dan mendapat rezeki yang lumayan. Awas kalau kena tangkap perahu dan pukat dirampas dan dendanya tinggi.

BUKIT PUTEH PENANDA PERENGAN


Bukit Puteh adalah penanda perengan antara Malaysia dan Siam. Ia digunakan oleh nelayan sejak turun temurun sebagai pedoman untuk balik ke Kuala Perlis dan untuk mencari spot.

PULAU BRASMANA PRENTAH SIAM


PULAU BATU LAYANG


Thursday, November 13, 2008

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Selamat datang ke blog saya yang tak seberapa ini. Saya masih lagi belajar, apa yang salah tolong tunjukkan.